Sunday 4 December 2011

Pasar Malam Pasir Gudang

Pasir gudang yang dihuni oleh pelbagai peringkat masyarakat sememangnya merupakan sumber rezeki kepada para peniaga.  Pihak MPPG menyediakan peluang perniagaan kepada para peniaga kecil melalui menyediakan tapak-tapak perniagaan dikawasan PASAR MALAM.

Jika kita berpeluang untuk melawat pasar malam di pasir gudang kita dapat rasakan kemeriahan pada setiap pasar malam yang diadakan seperti berikut

Pasar MalamLokasiHari
Taman Kota Masai
Jalan Durian
Isnin
Taman Cahaya Masai
Jalan Intan
Selasa
Taman Pasir Putih
Jalan Siakap 3
Rabu
Taman Mawar
Flat Taman Mawar
Jumaat
Taman Air Biru
Jalan MRT
Sabtu

 Pelbagai jenis juadah / resepi dapat kita perolehi kita melawat setiap pasar malam seperti yang telah dijadualkan diatas.

Fenomena yang biasa kita dapat lihat ketika berkunjung ke pasar malam, pelbagai jenis barangan keperluan juga dijual termasuklah pakaian.
 
Makanan yang dijual ternyata sedap dan peniaga yang sama didapati sentiasa berniaga disetiap pasar malam yang ada di Pasir Gudang. Makanan yang murah kadang kalanya menjadi tumpuan kepada pengunjung.
 Makanan tradisi seperti Nasi Kerabu sentiasa menjadi rebutan kerana penduduk Pasir Gudang adalah rakyat Malaysia yang berhijrah ke sini. Terutama mereka-mereka yang berhijrah dari Pantai Timur..
 Penghibur di Pasar Malam. Golongan ini ternyata berbakat dan menarik perhatian pengunjung. Semoga mereka sentiasa diberkati..
 Kaum wanita adalah penggerak utama di Pasar Malam. Peluang mencari rezeki dengan berniaga tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

Pengutip Derma.... Moga golongan ini bukan pengutip derma palsu, jangan hilangkan kepercayaan masyarakat kepada mereka yang memerlukan..

Ternyata Pasar Malam adalah sumber rezeki kepada pelbagai golongan masyarakat di Pasir Gudang. Aktiviti berniaga ini dapat menambah pendapat kepada pada mereka yang terlibat...Pesanan terakhir...JANGAN BUANG SAMPAH !!!...tunggu post seterusnya...